Thursday, May 5, 2011

Program Lawatan Dan Kerjasama dengan Masjid Darus Salam Singapura.

      Pada 31/1/2011 Kelab Inspirasi telah mengadakan Lawatan ke Singapura atas Program Kerjasama dengan Masjid Darus Salam, Singapura. Dengan seramai 15 Ahli yang mewakili Kelab Inspirasi telah dihantar ke sana bagi membincangkan Program kerjasama dengan Pihak Masjid Darus Salam pada masa akan datang. 


      Kami bertolak dari UiTM Melaka pada jam 7.00 pagi dan sampai di Melaka Sentral jam 8.15 pagi. Bagi meneruskan perjalanan ke Singapura kami telah menaiki Bas Melaka Singapore Express jam 9.00 pagi. Semasa di dalam perjalanan pelbagai ragam ahli yang ditunjukkan kerana ini adalah program yang pertama ke luar Malaysia.
Ahli diplomatik Kelab Inspirasi UiTM Melaka
Wajah kegembiraan yang di tunjukkan...
berjalan kaki ke Masjid DarusSalam..

  Tepat jam 2.30 petang tiba lah kami ke tempat yang ingin di tuju iaitu Masjid Darus Salam Singapura..
 Ketibaan kami di sana telah disambut oleh Ustaz Yazid.Kami juga telah dihidangkan dengan sedikit makanan disana. Selepas menjamu selera itu takdi bermula aktiviti yang dirancangkan iaitu sesi perkenalan
diantara Kelab Inspirasi UiTM Melaka dengan Pelajar-pelajar dan Tenaga-tenaga pengajar Masjid DarusSalam.







Selepas sesi perkenalan dijalankan Pihak Inspirasi turut mempersembahkan beberapa buah lagu nasyid dan sajak.. 











Selepas aktiviti ini selesai, pihak kami telah mengadakan sedikit perbincangan bersama Ustaz yazid bagi mengadakan satu program kerjasama antara pihak Masjid DarusSalam dengan Kelab Inspirasi Uitm Melaka.
dan perbincangan itu masih berjalan sehingga hari ini walaupun melalui sahabat kami yang menetap di sana..







Selepas waktu Isyak kami telah dijemput ke rumah sahabat kami iaitu saudari Ainun bagi memenuhi permintaan beliau bagi menjalankan sedikit tahlil dan doa selamat sempena Hari Jadi beliau..






Sekian dari Admin...
kita jumpa di post akan datang..
wassalam..

Friday, February 4, 2011

MIni Konsert Malam DCCMu Inspirasi

Pada 10/01/2011 tepat jam 8.30 malam Kelab Inspirasi Uitm Melaka telah menjalankan Mini Konse. Mini Konsert ini telah dijalankan di Dewan Bendahara Uitm Melaka dan dirasmikan oleh Ustaz Nor Mohd Faisal selaku Penasihat Kelab Inspirasi. Antara persembahannya ialah persembahan dari kumpulan Nasyid DCCMu Uitm Melaka, Kumpulan Nasyid perempuan, Syed, Ammar selaku penyajak.
ahli jawatan kuasa program

ketibaan Penasihat

ucapan dari YDP

Ustaz Faisal & Hairul Hakim

Persembahan Nasyid Perempuan
Selepas persembahan tamat telah diadakan pendaftaran ahli baru yang hadir pada malam itu. Seramai 50 orang pelajar telah mendaftarkan diri masing-masing. Biro nasyid mempunyai ahli baru yang paling ramai, diikuti Biro Ekonomi dan Pengurusan dan biro-bir lain yang ada pada malam itu..

Mini Konsert ini telah tamat tepat jam 2300 .

Semua Ahli Majlis Tertinggi kelab mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar yang hadir.Walaupun dalam keadaan hujan yang sagat lebat. Tidak lupa juga kepada semua ahli Inspirasi yang bersusah payah menjayakan Mini Konsert Malam DisisiMu Inspirasi ini.

Syabas dan Tahniah daripada admin kepada semua ahli inspirasi yang bersusah payah menjayakan Mini Konsert ini...

Tuesday, January 4, 2011

Mesyuarat pertama 2011

Salam.... pada 4/1/2011 tepat jam 2000 telah diadakan satu mesyuarat yang amat penting kerana mesyuarat kali ini bertujuan memberi tugas kepada ahli yang terlibat didalam Malam DCCmu Inspirasi yang akan diadakan pada 10/01/2011. Dengan kehadiran seramai 31 ahli yang terdiri daripada majlis tertinggi dan ahli biasa.. Mesyuarat kali ini turut dipantau oleh Ustaz Nor Mohd Faisal selaku penasihat inspirasi.

Selama 3 jam mesyuarat dijalankan telah mendapat kata sepakat dari semua ahli bagi menjayakan aktiviti pada 10 hb nanti....

sekian sahaja dari admin...
salam inspirasi.....

Wednesday, December 22, 2010

Perasmian Tilawah Al-Quran

Pada 27/7/2010 seramai 40 orang ahli Inspirasi telah dihantar ke PWTC bagi memeriahkan Majlis Perasmian Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa yang telah dirasmikan oleh Yang Di-pertuan Agung. Majlis ini adalah anjuran Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysian(JAKIM). Kami bertolak dari UiTM Melaka pada jam 1500.
ketika di Perhentian Seremban
 Semasa dalam perjalanan kami telah berhenti seketika di Perhentian Seremban bagi menunaikan solat Asar.
selepas selesai menunaikan solat kami teruskan perjalanan yang amat bermakna bagi kami.
Akhirnya kami tiba di PWTC lebih kurang jam 1630. Setibanya di sana kami telah dihidangkan sedikit makanan oleh Encik Saripudin iaitu bapa kepada salah seorang ahli Inspirasi yang turut serta dalam acara ini.
ketika menikmati hidangan yang sungguh lazat...
Selepas menikmati hidangan. Kami telah masuk ke dewan bagi mendapatkan tempat duduk yang telah ditanda oleh pihak Jakim. Yang mengejutkan kami bahawa UiTM Melaka adalah satu-satunya UiTM yang berada disitu. 
syafiqi Jurugambar yang termasyur..
Tepat jam 2030 malam majlis pun bermula. Ketika majlis dijalankan para Jurugambar dari Kelab Inspirasi telah mengambil gambar yang menarik untuk dilihat.





tepat jam 2300 kami pun bertolak kembali ke UiTM Melaka. Kami berharap pada tahun hadapan dapat lagi menyaksikan peramian seperti ini lagi...


Sunday, December 19, 2010

Mesyuarat Agung Tahunan

Pada 2/9/2010 bertempat di Dewan Syahbandar UiTM Melaka telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan Inspirasi. Tujuan mesyuarat ini diadakan bagi memperkenalkan barisan majlis tertinggi dan exco bagi tahun 2010/2011. 
Ketibaan Penasihat Kelab Inspirasi: Ustaz Nor Mohd Faisal
           Selain memperkenalkan barisan majlis tertinggi dan exco juga diselitkan perbentangan bajet bagi tahun 2011 dan acara yang akan diadakan pada Sem Hadapan. Selain itu majlis berbuka puasa juga diadakan dengan kehadiran semua ahli yang setia pada kelab ini.
Yang Di-pertua Inspirasi tengah memberi ucapan.
Tuan Penasihat memberi sedikit ucapan dan amanat yang amat bernilai.
bak kata orang kuat Inspirasi"happy-happy juga solat jangan tinggal k"
disamping itu turut juga diselitkan beberapa persembahan antaranya Montaj yang dibuat oleh admin, Persembahan Sajak oleh Amar, Persembahan dari ahli sem 1, Nasyid dari Kumpulan DCCMu dan Nasyid perempuan.

Nasyid perempuan

Sajak dari Amar

Nasyid Part 1

Kumpulan DCCMu

Keluarga Inspirasi
Akhir sekali mesyuarat ini melabuh kan tirai pada pukul 9.30 malam. Dengan ini Admin mengucapkan Syabas kepada ahli majlis tertinggi kelab yang bersusah payah turun naik bagi melancarkan mesyuarat ini...
:-)