Wednesday, December 22, 2010

Perasmian Tilawah Al-Quran

Pada 27/7/2010 seramai 40 orang ahli Inspirasi telah dihantar ke PWTC bagi memeriahkan Majlis Perasmian Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa yang telah dirasmikan oleh Yang Di-pertuan Agung. Majlis ini adalah anjuran Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysian(JAKIM). Kami bertolak dari UiTM Melaka pada jam 1500.
ketika di Perhentian Seremban
 Semasa dalam perjalanan kami telah berhenti seketika di Perhentian Seremban bagi menunaikan solat Asar.
selepas selesai menunaikan solat kami teruskan perjalanan yang amat bermakna bagi kami.
Akhirnya kami tiba di PWTC lebih kurang jam 1630. Setibanya di sana kami telah dihidangkan sedikit makanan oleh Encik Saripudin iaitu bapa kepada salah seorang ahli Inspirasi yang turut serta dalam acara ini.
ketika menikmati hidangan yang sungguh lazat...
Selepas menikmati hidangan. Kami telah masuk ke dewan bagi mendapatkan tempat duduk yang telah ditanda oleh pihak Jakim. Yang mengejutkan kami bahawa UiTM Melaka adalah satu-satunya UiTM yang berada disitu. 
syafiqi Jurugambar yang termasyur..
Tepat jam 2030 malam majlis pun bermula. Ketika majlis dijalankan para Jurugambar dari Kelab Inspirasi telah mengambil gambar yang menarik untuk dilihat.





tepat jam 2300 kami pun bertolak kembali ke UiTM Melaka. Kami berharap pada tahun hadapan dapat lagi menyaksikan peramian seperti ini lagi...


No comments:

Post a Comment